Formula yang dihasilkan daripada gabungan tenaga warna melalui spektrum warna. Gelombang yang terukur merupakan kumpulan nilai yang membentuk sinar, seumpama cahaya mentari yang menyinari alam.
Secara asasnya, formula dalam bentuk sukros ini seperti juga formula NW bertindakbalas melalui rangsangan deria rasa pada lidah yang mengaktifkan elektron-elektron di dalam tubuh khususnya di perut supaya mencetuskan sinar. Ini merupakan suatu peringkat di mana semua nutrisi yang diambil daripada pemakanan akan ditukar menjadi tenaga yang dapat digunakan oleh otak sehingga meminimakan pembaziran malah lebihan atau bebanan yang menjadi keracunan.
Formula sinar diperlukan khususnya bagi mereka yang telah mengalami berbagai jenis penyakit atau gangguan kesihatan di dalam suatu masa. Formula ini mampu menjalankan fungsi pengubahan unsur-unsur di dalam tubuh supaya mencari pasangan-pasangannya yang sesuai bagi membentuk tenaga, dan tenaga yang paling penting dimaksudkan di sini ialah tenaga untuk kekuatan berfikir.
Apabila akal dapat digunakan secara optima di dalam memikirkan persoalan-persoalan yang menuju kepada kefahaman dan kecintaan kepada segala kejadian/penciptaan oleh Allah SWT, maka ketika itu, tubuh pada semua peringkat akan bertumpu kepada suatu titik yang akan mengimbangi keseluruhan sistem dan perjalanan yang cukup teratur dan sistematik menurut hukum keseimbangannya sepertimana yang telah terakam di dalam DNA.
Hasilnya, diri secara lahiriah dan rohaniah berada pada tahap kesihatan yang unggul.
Kaedah penggunaan :
4 - 7 biji setiap setengah jam, perlu dihabiskan dalam lingkungan sehari sehingga tiga hari. Boleh juga diambil sekurang-kurangnya 9 kali sebanyak 4-7 biji dalam sehari, untuk setiap setengah jam. Atau didiagnos menurut keperluan sebenar tenaga tubuh.
* Untuk sebarang keterangan atau maklumat lanjut mengenai produk ini sila hubungi Bahagian Farmasi kami di talian 603-5510 8688 (HQ)