UTAMA PROFIL
SEJARAH CVT

 

SEJARAH PENUBUHAN FAKULTI

Perancangan untuk meningkatkan lagi tahap keilmuan konsep Colour Vibration Therapy bermula seawal tahun 2001. Setelah melalui beberapa peringkat, penyediaan silibus dimulakan dan dirancang dengan teliti sebelum lengkap disiapkan pada Mac 2004 di bawah pengawasan Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab. Silibus tersebut kemudiannya dihantar ke Sri Lanka pada bulan April 2004.

Di sana Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab dan Tan Sri Dr Rozali Ismail sebagai Penaung CVT bertemu dengan Prof Dr Sir Anton Jayasuria sebagai pengerusi The Open International University for Complementary Medicine (OIUCM) bersama permohonan memperoleh taraf gabungan dengan institusi tersebut. Setelah melalui proses tertentu, pihak OIUCM menganugerahkan gabungan dan fakulti kepada pihak CVT di dalam menjalankan tugas-tugas menyampaikan ilmu-ilmu CVT.

Pada 5 April 2004 Fakulti Universal Science of Colours ditubuhkan dan memulakan operasi dengan menganjurkan kursus peringkat Diploma yang julung kalinya diadakan untuk menyampaikan ilmu CVT melalui silibus yang telah diluluskan. Kursus pertama diadakan pada bulan Jun 2004 yang disertai oleh 65 orang peserta dari seluruh negara.

Pihak fakulti menerima pelbagai peringkat dan taraf pendidikan dari kalangan pesertanya. Para pengamal perubatan tradisional, doktor, profesional, para pendidik institusi pendidikan dan sebagainya turut bersama-sama menyertai kursus yang dianjurkan.

Melalui silibus yang disediakan, ilmu dengan konsep perawatan komplementari CVT disebarkan kepada para peserta kursus dengan harapan kesemua mereka memahami dan dapat mempraktikkan amalan-amalan yang sesuai di dalam kehidupan.

Pada masa ini, Fakulti Universal Science of Colours sedang giat menyusun program-program seperti kursus, bengkel teori dan praktikal dan pengumpulan maklumat berkaitan bagi memastikan para ahli dan pengamal CVT memperoleh maklumat secukupnya di samping meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa.

Sijil-sijil yang dikeluarkan adalah dilulus dan diiktiraf oleh The United States Accreditation Authority (May 18, 1993; Ref. : 8257/JLH)

 

PROMOSI TERKINI

GALERI CVT
PRODUK LAIN
KALENDAR CVT
*Sila ke laman kalendar kami untuk maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti di CVT
PENGHARGAAN CVT

PENASIHAT COLOUR VIBRATION THERAPY

Tan Sri Norian Mai merupakan bekas Ketua Polis Negara Malaysia. Perlantikan beliau sebagai penasihat CVT memperjelaskan kreadibiliti dan integriti CVT sebagai perintis rawatan getaran warna yang unggul di dunia.

CAPAIAN LAIN

http://www.oiucmed.com

http://www.numerology.com

Semua Hakcipta Terpelihara © 2010 Colour Vibration Therapy Sdn Bhd